Sunday, August 14, 2011

Kempen Bahasa Melayu

Assalamu'alaikum w.b.t,

Kali ni nak cerita tentang penggunaan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir dari orang muda kita zaman sekarang. 

Dah selalu sangat terdengar penggunaan bahasa rojak ni. 

Takut dan risau kalau nanti anak-anak dan cucu-cucu bangsa sendiri dah tak tahu membezakan antara bahasa melayu sebenar dan bahasa campuran tuh. 

Contoh penggunaan bahasa rojak yang semakin menjadi-jadi kat orang muda Malaysia zaman sekarang..

"I rasa i nak pergi Sabah naik flight ni la, tapi takut delay pulak nanti, lagipun nanti kalo I amik flight satu lagi tu, kena extra charge beg kalo berat terlebih pulak"

"Sorry la bro, aku tak sengaja, eksiden la pulak guna kereta ko ni, takpa, kita modified pasni, bagi jadi macam kereta racing, barula standard skit, aku bayar full, don't worry la"

"Mak, jom la kita pergi shopping kat supermarket tu, ada banyak sales murah - murah tau"


Korang pun dah terbiasa kan guna ayat rojak macam nih. Apa kata cuba guna ayat kat bawah ni.

"Aku rasa aku nak pergi Sabah dengan penerbangan ni la, tapi takut ditunda pulak, lagipun kalau aki amik penerbangan satu lagi tuh, kena tambah duit lebih kalau berat beg terlebih pulak"

"Maaf la saudara, aku tak sengaja, kemalangan la pulak guna kereta ko ni, kita ubahsuai pasni, baji jadi mcm kereta lumba, barula hebat sikit, aku bayar penuh, jangan risau la"

"Mak, jom la kita pergi membeli belah kat pasaraya tu, ada banyak jualan murah-murah tau"

Kan lebih sedap didengar. 

Mesti korang akan cakap "Tak standard la cakap macam nih, lagipun kami dah biasa cakap macam nih, kalau kami ubah cakap bahasa melayu semua, nanti kawan -kawan kami gelak pulak, mana nak letak waterface ni"

Apa pendapat korang?? Korang yang akan memulakan titik perubahan nih. 

Tak percaya lagi????

Kalau tak percaya, ajak kawan anda bersembang lebih kurang 5 minit, dengar dan kaji penggunaan bahasa melayu dia dalam perbualan tersebut, ada tak penggunaan bahasa rojak, kalau hampir setiap ayat ada bahasa rojak, memang dah tahap susah nak berubah nih, kalau penggunaan bahsa melayu nya masih baik dan teratur, kirim salam dari aku kat dia dan ucap "syabas, anda antara perempuan/lelaki Melayu terakhir yang masih tinggal kat muka bumi nih."

-Renung-renungkan dan selamat beramal....
diri ni pun masih mecuba memperbaiki kelemahan yang ada, sama -sama la kita menuju ke arah yang lebih baik.

Friday, August 12, 2011

Jawatan Kosong perlu diisi segera !! Gaji lumayan.

Buat sesiapa yang memerlukan kerja, ada jawatan kosong yang perlu diisi segera. 
Sebelum tuh baca keratan akhbar ni dulu.
Seorang hakim Brazil yang terkenal dengan tindakannya yang sering menjatuhkan hukuman terhadap jenayah terancang telah pun ditembak mati di Bandar Rio de Janeiro.
Pegawai mengesahkan bahawa Patricia Acioli telah ditembak di kawasan perumahannya di Bandar Niteroi lewat Khamis lalu oleh penunggang motosikal bertopeng menggunakan dua motosikal. Dia dikenali kerana sering menjatuhkan hukuman mahkamah ke atas pihak gangster dan pegawai polis yang korup.
Keluarga hakim tersebut berkata bahawa Patricia sering menerima ugutan bunuh sejak 4-5 tahun lalu, namun tidak pernah menbuat sebarang laporan polis. Saksi memberitahu AFP bahawa penembak memintas kereta ibu kepada tiga anak itu semasa dia baru tiba di rumahnya di Niteroi, terletak berdekatan Teluk Guanabara di Rio de Janeiro.
Mereka melepaskan sekurang-kurangnya 16 tembakan yang membunuh mangsa yang berusia 47 tahun itu serta merta di tempat kejadian. Majlis pengkebumiannya diadakan pada hari Jumaat di Niteroi.  Mahkamah Tinggi Brazil mengutuk pembunuhan tersebut sambil menganggapnya sebagai serangan terhadap demokrasi dan undang-undang.
“Jenayah pengecut seperti ini adalah serangan terhadap kebebasan mahkamah, negara dan demokrsai Brazil” ujar Cezar peluso, presiden Majlis Hakim dalam satu kenyataan.
“Untuk memelihara kedaulatan undang-undang di negara ini, kita meminta penyiasatan segera diadakan dan hukuman berat dikenakan untuk orang yang bertanggungjawab di atas jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini”
Rio de janeiro telah meningkatkan usaha mengatasi masalah jenayah sebagai persiapan tuan rumah Piala Dunia bola sepak pada tahun 2014 dan Sukan Olimpik 2016.
Sumber – BBC (13/8/2011)

Bila baca berita nih,  teringat kisah kat Bandar Meqoui dan Pradexis, kat Mexico.
Dua bandar ni terkenal dengan keganasan kumpulan-kumpulan mafia dan pengedar dadah sampaikan semua polis tak mau dilantik jadi ketua polis kat situ sebab takut sangat.
Cerita Bandar Meqoui dulu
Ada seorang peguam wanita ni, nama dia Hemilia Garcia, berumur 38 tahun sanggup terima jawatan ketua polis Bandar Meoqui ini, sedangkan banyak lelaki dan polis lain pun takut nak terima jawatan tu.
Dia ni yang dikenali sebagai “La Jefa” ataupun bos perempuan ni buatla tugas dia dengan berani.
Yang hebatnya, dia tak bawa senjata ataupun upah pengawal peribadi. Lagipun apabila ditemuramah wartawan sebab apa dia tak ambil langkah keselamatan, dia kata kat wartawan “Kalau tak buat salah, buat apa nak takut?”.
Tapi tak sampai dua bulan dia jadi ketua polis kat situ, dia ditemui mati ditembak selepas memandu bersendirian nak pergi kerja.
 Gambar 1: Hemilia Garcia, peguam yang dilantik jadi ketua polis kat bandar yang ganass.

Gambar 2 Kesian dia, mati dibunuh waktu nak pergi kerja.

Gambar 3 Polis buat sekatan jalan lepas ketua polis depa kena bunuh.

Kita cerita kat Bandar Pradexis pulak,
Marisol Valles Garcia, 20 tahun, seorang pelajar sarjana muda kriminologi yang tak habis belajar pun lagi telah dilantik menjadi Ketua Polis Bandar Pradexis.
Tiga ketua polis sebelumnya mati didera dan dipancung. Semua pegawai polis kat situ berhenti kerja takut nak jadi polis kecuali tiga orang pegawai.  Selama setahun, pihak kerajaan tak dapat cari orang yang sanggup terima jawatan tu.
Tugas baru Garcia ni memerlukan dia berhadapan dengan geng-geng ganas yang terkenal dengan jenayah seperti membunuh pegawai kerajaan secara terbuka dan sewenang-wenangya mengugut orang awam. Tambah pulak, geng geng kat situ berebut kawasan.
Garcia lebih dikenali dengan nama “La Adelita” ataupun pahlawan wanita dalam latin.
Berbeza dengan Hemilia, dia ni bawa pengawal peribadi tapi dia sendiri tak bawa senjata. Ideologi dia pulak adalah membasmi jenayah dari rumah ke rumah dengan menekankan nilai-nilai kekeluargaan dan pencegahan dari awal.
Tuptaptuptap, tak sampai lima bulan dia pegang jawatan tu, dia tak mai kerja dah. Rupa-rupanya dia lari pi US sebab dah tak tahan sangat dah, angkut habis keluarga dia sekali. Takut sangat, tambahan pulak dia dengar ketua polis wanita kat Bandar Meqoui tadi, Hemilia Garcia, baru sahaja dibunuh.
Gambar 4 Marisol Valles Garcia pelajar berusia 20 tahun yang dilantik jadi ketua polis

Gambar 5 Akhir sekali dia pun lari berhijrah, takut wooo...


Sapa nak buat kesimpulan...?? Kerja kosong tu boleh diisi. 
Cuba mintak kat kerajaan Mexico untuk jawatan tersebut. Mesti depa bagi punya. 
Boleh la korang runding gaji..hehe..
Aku tak mau  buat kesimpulan cerita nih..nanti kena tembak pulak oleh mafia2..takpun nanti kena tembak dengan korang..hehe

Thursday, August 11, 2011

JAIS SERBU GEREJA???

INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.

Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.

Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.

Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.

Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.

Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.

Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.

Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.

12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.

Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?


Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad,


Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?

Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.

Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.

Masjid dan surau pantaulah benda ini.

Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

Soalan media: Bila jumpa JAIS?

Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?

Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.


Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.

Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.

Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.

Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku.