Buat sesiapa yang memerlukan kerja, ada jawatan kosong yang perlu diisi segera.
Sebelum tuh baca keratan akhbar ni dulu.
Seorang hakim Brazil yang terkenal dengan tindakannya yang sering menjatuhkan hukuman terhadap jenayah terancang telah pun ditembak mati di Bandar Rio de Janeiro.
Pegawai mengesahkan bahawa Patricia Acioli telah ditembak di kawasan perumahannya di Bandar Niteroi lewat Khamis lalu oleh penunggang motosikal bertopeng menggunakan dua motosikal. Dia dikenali kerana sering menjatuhkan hukuman mahkamah ke atas pihak gangster dan pegawai polis yang korup.
Keluarga hakim tersebut berkata bahawa Patricia sering menerima ugutan bunuh sejak 4-5 tahun lalu, namun tidak pernah menbuat sebarang laporan polis. Saksi memberitahu AFP bahawa penembak memintas kereta ibu kepada tiga anak itu semasa dia baru tiba di rumahnya di Niteroi, terletak berdekatan Teluk Guanabara di Rio de Janeiro.
Mereka melepaskan sekurang-kurangnya 16 tembakan yang membunuh mangsa yang berusia 47 tahun itu serta merta di tempat kejadian. Majlis pengkebumiannya diadakan pada hari Jumaat di Niteroi. Mahkamah Tinggi Brazil mengutuk pembunuhan tersebut sambil menganggapnya sebagai serangan terhadap demokrasi dan undang-undang.
“Jenayah pengecut seperti ini adalah serangan terhadap kebebasan mahkamah, negara dan demokrsai Brazil” ujar Cezar peluso, presiden Majlis Hakim dalam satu kenyataan.
“Untuk memelihara kedaulatan undang-undang di negara ini, kita meminta penyiasatan segera diadakan dan hukuman berat dikenakan untuk orang yang bertanggungjawab di atas jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini”
Rio de janeiro telah meningkatkan usaha mengatasi masalah jenayah sebagai persiapan tuan rumah Piala Dunia bola sepak pada tahun 2014 dan Sukan Olimpik 2016.
Sumber – BBC (13/8/2011)
Bila baca berita nih, teringat kisah kat Bandar Meqoui dan Pradexis, kat Mexico.
Dua bandar ni terkenal dengan keganasan kumpulan-kumpulan mafia dan pengedar dadah sampaikan semua polis tak mau dilantik jadi ketua polis kat situ sebab takut sangat.
Cerita Bandar Meqoui dulu
Ada seorang peguam wanita ni, nama dia Hemilia Garcia, berumur 38 tahun sanggup terima jawatan ketua polis Bandar Meoqui ini, sedangkan banyak lelaki dan polis lain pun takut nak terima jawatan tu.
Dia ni yang dikenali sebagai “La Jefa” ataupun bos perempuan ni buatla tugas dia dengan berani.
Yang hebatnya, dia tak bawa senjata ataupun upah pengawal peribadi. Lagipun apabila ditemuramah wartawan sebab apa dia tak ambil langkah keselamatan, dia kata kat wartawan “Kalau tak buat salah, buat apa nak takut?”.
Tapi tak sampai dua bulan dia jadi ketua polis kat situ, dia ditemui mati ditembak selepas memandu bersendirian nak pergi kerja.
Gambar 1: Hemilia Garcia, peguam yang dilantik jadi ketua polis kat bandar yang ganass.
Gambar 1: Hemilia Garcia, peguam yang dilantik jadi ketua polis kat bandar yang ganass.
Gambar 2 Kesian dia, mati dibunuh waktu nak pergi kerja.
Gambar 3 Polis buat sekatan jalan lepas ketua polis depa kena bunuh.
Kita cerita kat Bandar Pradexis pulak,
Marisol Valles Garcia, 20 tahun, seorang pelajar sarjana muda kriminologi yang tak habis belajar pun lagi telah dilantik menjadi Ketua Polis Bandar Pradexis.
Tiga ketua polis sebelumnya mati didera dan dipancung. Semua pegawai polis kat situ berhenti kerja takut nak jadi polis kecuali tiga orang pegawai. Selama setahun, pihak kerajaan tak dapat cari orang yang sanggup terima jawatan tu.
Tugas baru Garcia ni memerlukan dia berhadapan dengan geng-geng ganas yang terkenal dengan jenayah seperti membunuh pegawai kerajaan secara terbuka dan sewenang-wenangya mengugut orang awam. Tambah pulak, geng geng kat situ berebut kawasan.
Garcia lebih dikenali dengan nama “La Adelita” ataupun pahlawan wanita dalam latin.
Berbeza dengan Hemilia, dia ni bawa pengawal peribadi tapi dia sendiri tak bawa senjata. Ideologi dia pulak adalah membasmi jenayah dari rumah ke rumah dengan menekankan nilai-nilai kekeluargaan dan pencegahan dari awal.
Tuptaptuptap, tak sampai lima bulan dia pegang jawatan tu, dia tak mai kerja dah. Rupa-rupanya dia lari pi US sebab dah tak tahan sangat dah, angkut habis keluarga dia sekali. Takut sangat, tambahan pulak dia dengar ketua polis wanita kat Bandar Meqoui tadi, Hemilia Garcia, baru sahaja dibunuh.
Gambar 4 Marisol Valles Garcia pelajar berusia 20 tahun yang dilantik jadi ketua polis
Gambar 5 Akhir sekali dia pun lari berhijrah, takut wooo...
Sapa nak buat kesimpulan...?? Kerja kosong tu boleh diisi.
Cuba mintak kat kerajaan Mexico untuk jawatan tersebut. Mesti depa bagi punya.
Boleh la korang runding gaji..hehe..
Aku tak mau buat kesimpulan cerita nih..nanti kena tembak pulak oleh mafia2..takpun nanti kena tembak dengan korang..hehe





No comments:
Post a Comment